Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bukan Muslim di Perlis boleh terima zakat
Diterbitkan:  Mar 10, 2017 1:33 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

Golongan bukan Muslim di Perlis kini dibenarkan menerima zakat.

Perkara ini diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa fatwa Perlis melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Zakat kepada bukan Muslim di bawah asnaf 'muallafah qulubuhum' (golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam) boleh diberikan ke atas kemaslahatan yang ditentukan oleh ulil amri.

"Ia seperti yang dilakukan oleh Rasullah SAW kepada golongan yang bukan Muslim dari kalangan musyrikin dan pembesar kaum mereka, seperti yang tercatat dalam riwayat-riwayat sirah yang sahih," kata kenyataan pejabat mufti itu.

Salinan kenyataan itu juga telah dimuat naik di laman Facebook rasmi Mohd Asri.

Zakat adalah jumlah harta tertentu yang wajib dikeluarkan oleh umat Islam untuk diberikan kepada golongan berhak menerimanya seperti fakir miskin dan sebagainya menurut ketentuan yang telah ditetapkan oleh syariah.


Nota editor: Laporan awal bertajuk 'Fakir bukan Muslim di Perlis boleh terima zakat'  adalah kurang tepat. Sebaliknya golongan yang layak adalah mereka bawah peruntukan 'muallaf qulubuhum' iaitu golongan yang hendak diharmonikan sikap terhadap Islam.

Ini merangkumi sesiapa sahaja, sama ada fakir ataupun selainnya, yang dinilai oleh pihak MAIPs boleh dijinakkan persepsi dan sikap terhadap Islam maka boleh diberikan zakat atas peruntukan asnaf ini.

Kesilapan adalah tidak diseganjakan dan dikesali.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS