Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Chandra: Rukun Negara tak beri kesan kepada Perkara 153

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak akan terhakis dengan penggabungan Rukun Negara sebagai mukadimah kepada Perlembagaan Persekutuan, kata aktivis terkemuka dan ahli akademik Chandra Muzaffar.

Chandra berkata Perkara 153 termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Majlis Raja-Raja.

"Sebab utama mengapa Rukunegara tidak akan menggugat Perkara 153 adalah kerana kedudukannya begitu kukuh dalam perlembagaan, yang mana ia tidak boleh dipinda oleh Parlimen atau mana-mana institusi lain kecuali Majlis Raja-Raja," katanya kepada Malaysiakini.

Selain Perkara 153, peruntukan perlembagaan lain, seperti bahasa, kerakyatan dan kedudukan raja-raja, semuanya dilindungi oleh Majlis Raja-Raja, kata Chandra.

"Sebarang cubaan untuk menakut-nakutkan orang ramai dengan mencadangkan bahawa Perkara 153 atau perkara lain yang sudah berakar umbi itu akan dilemahkan oleh Rukunegara adalah amat tidak bertanggungjawab," katanya.

Chandra berkata demikian sebagai mengulas bantahan kempen berterusan supaya Rukun Negara dijadikan sebagai Mukadimah Perlembagaan oleh sekumpulan aktivis.

Semalam, satu perbincangan meja bulat yang dianjurkan oleh kumpulan pendesak Melayau, PERKASA membuat kesimpulan bahawa cadangan itu menjejaskan kepentingan Melayu dan bumiputera.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS