Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: Raja Salman tak akan ke M'sia jika 'ragui' RM2.6b

Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud tidak akan datang ke Malaysia jika terdapat 'keraguan' mengenai sumbangan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata seorang menteri Umno.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan Arab Saudi tidak mahu dikaitkan dengan urusan yang 'meragukan'.

"Jika baginda (Raja Salman) tidak selesa dengan apa yang telah dilaporkan mengenai RM2.6 bilion, dia tidak akan datang," kata Nazri.

Para penyiasat mengesahkan Najib menerima sejumlah AS$681 juta ke dalam akaun peribadinya pada bulan Mac 2013.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dengan berkata dana tersebut berpunca daripada ahli keluarga Diraja Saudi.

Para pengkritik, bagaimanapun, mendakwa dana tersebut diselewengkan daripada 1MDB.

Ditanya sama ada lawatan Raja Salman itu akan menghapuskan 'fitnah' berkenaan, Nazri menjawab: "Saya tidak tahu."

Beliau mengulangi Raja Salman tidak akan melawat Malaysia jika tidak selesa dengan laporan.

Sementara itu, dalam hal yang berkaitan, Nazri menolak penemuan Barometer Rasuah Global Transparency International (Asia Pacific) 2017 yang mendapati 60 peratus daripada rakyat Malaysia percaya negara ini menjadi lebih korup.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS