Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pengundi hantu di Sekinchan?
Diterbitkan:  Feb 24, 2017 3:29 PM
Dikemaskini: 10:27 AM

Daftar pemilih terbaru telah menempatkan seramai 358 pengundi baru yang menghuni di sembilan buah rumah di sebuah kampung terpencil di kawasan Dewan Undangan Negeri Sekinchan.

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim, yang cemas dengan peningkatan luar biasa pengundi baru di sepanjang jalan ke Rizab Sarbini Parit Tujuh, melawat kawasan itu.

"Rizab Sarbini adalah kampung tradisi Melayu.

“Tetapi sekarang kita mempunyai 358 pengundi baru di sini dan 232 daripada mereka adalah dari latar belakang berbilang kaum yang berpindah dari Klang, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau bimbang "pengundi hantu" yang sebenarnya tidak menghuni di kawasan itu, dipindahkan ke Sekinchan.

Ng juga berkata sejumlah 1,614 pengundi baru muncul di Sekinchan seperti yang diterbitkan dalam daftar pemilih terkini.

Ini adalah peningkatan lebih 50 peratus berbanding dengan bilangan semasa suku terakhir daftar pemilih itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan bantahan selama seminggu, yang berakhir hari ini.

Pemimpin DAP itu mengesyaki terdapat usaha untuk meningkatkan nisbah penngundi Melayu di Sekinchan, sebuah kerusi campuran dengan majoriti 56 peratus pengundi Cina dan 41 peratus pengundi Melayu.

"Bagaimana? Kami dapati 1,074 daripada 1,614 pengundi baru adalah Melayu, manakala hanya 405 Cina didaftarkan sebagai pengundi," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS