Jualan kepentingan dalam syarikat pengeluar kereta nasional, Proton kepada syarikat asing tidak akan memberi manfaat kepada negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kebimbangan saya adalah bahawa jika kita tidak memiliki Proton lagi, industri automotif Malaysia akan mengalami kerugian yang besar.
"Vendor dan pembekal komponen akan tutup kedai. Banyak pekerja akan kehilangan pekerjaan. Dan kapasiti kejuruteraan Malaysia akan dikurangkan," tulis Mahathir dalam blognya hari ini.
Oleh itu, beliau berkata Malaysia tidak akan menjadi negara maju menjelang 2020 dan kekal membangun sebagai negara dunia ketiga.
Mahathir, yang merupakan penasihat Proton sehingga 2016 selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri pada tahun 2003, berkata beliau sedih apabila firma itu kini terpaksa dijual kepada orang asing.
"Mempunyai rakan kongsi strategik adalah okay. Tetapi apabila Proton dijual kepada orang asing ia akan terhenti menjadi kereta nasional.
"Ia hanya akan menjadi pengeluar kereta asing di Malaysia. Itu adalah sesuatu yang telah kami lakukan sejak tahun 1970-an," kata Mahathir.
Mahathir berkata berbeza pada masa ini, Proton sebelum ini sangat menguntungkan walaupun beliau mengakui ia disebabkan pengeluar kereta nasional itu telah dilindungi.
Cara lain untuk bantu Proton
Beliau mendakwa walaupun selepas dasar perlindungan dihentikan, Proton boleh terus berdaya asing.
Beliau berkata semua negara melindungi industri automotif mereka, walaupun ia mungkin tidak melalui duti import yang tinggi kerana ada cara lain untuk menghalang kereta import daripada mencabar kereta buatan tempatan.
"Itu sebab kenapa Proton tidak boleh dieksport ke negara-negara ini. Kita amat murah hati. Sesiapa sahaja boleh mengeksport kereta mereka ke negara ini. Kereta sub-standard juga boleh diimport," katanya.
Sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan selepas kerajaan menyelamatkannya berikutan isu kewangan, Proton perlu mencari rakan kongsi asing yang boleh membawa kepada jualan lebih daripada 51 peratus pegangan dalam syarikat itu.
Beberapa firma, terutama Peugeot, PSA Group dan pengeluar kereta dari China, Geely sedang berunding dengan Proton.
Mahathir membantu mengasaskan Proton ketika menjadi perdana menteri sehingga penyingkiran beliau sebagai penasihat kepada syarikat itu tahun lepas.
Proton adalah salah satu pelan tunggak Mahathir terhadap perindustrian di Malaysia, dan membantu menjana Malaysia menjadi sebuah negara industri dan maju menjelang 2020.