Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM selar kenyataan 'diplomatik biadap’ Korea Utara
Diterbitkan:  Feb 21, 2017 5:18 PM
Dikemaskini: 9:22 AM

Ketika ketegangan diplomatik semakin memuncak berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelar Duta Korea Utara ke Malaysia Kang Chol berhubung kenyataannya, semalam.

"Kenyataan duta itu sama sekali tidak wajar.

“Ia secara diplomatik adalah biadap. Tetapi Malaysia akan berdiri teguh," katanya dipetik oleh Reuters.

Menurut laporan Astro Awani, Najib menegaskan bahawa Malaysia tidak akan menjadi 'kuda tunggangan' kepada mana-mana negara.

Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan mempunyai perlembagaannya yang tersendiri.

"Kita takkan tertekan dalam membuat keputusan ke atas kes pembunuhan Kim Jong-nam.

"Kita juga tidak akan menjadi kuda tunggangan kepada mana-mana negara dalam mempertahankan kedaulatan negara," katanya .

Pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam, dutanya, Kang Chol berkata Pyongyang tidak yakin dengan siasatan yang dijalankan oleh pasukan polis Malaysia dan menimbulkan kemungkinan wujudnya tangan lain di sebalik siasatan.

Beliau juga mendakwa polis negara ini mengancam anggota keluarga seorang rakyatnya dan memukul anaknya ketika menyerbu sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Kang Chol mendakwa polis malah mengacukan pistol kepada anggota keluarga itu dan mengancam nyawa mereka serta memukul anak remajanya di muka.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS