Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MPK roboh tokong Cina menyerupai masjid
Diterbitkan:  Jan 31, 2017 3:40 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini mengambil tindakan merobohkan tokong Cina menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja pada pukul 9 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, pembinaan tokong Cina itu dilakukan di atas tanah milik kerajaan.

“Pemilik berjanji untuk merobohkannya selepas perayaan Tahun Baharu Cina tetapi gagal berbuat demikian. Oleh itu, kita telah membantu pejabat tanah daerah Klang merobohkannya binaan tokong Cina ini,” katanya dalam kenyataan, lapor Utusan Online.

Kelmarin, tindakan tidak bertanggungjawab individu bukan beragama Islam telah membina sebuah tokong Cina menyerupai masjid itu telah menimbulkan kemarahan penduduk.

Tokong yang siap dibina Jumaat lalu itu bukan sahaja dicat dengan warna hijau dan kuning, tetapi lengkap dibina dengan kubah serta bulan sabit yang kebiasaannya menjadi simbol bagi sesebuah masjid.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS