ADS
mk-logo
Berita
7 pengundi dari 3 negeri cabar inkuiri tempatan SPR

Tujuh pengundi dari Kedah, Perak dan Johor memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan perisytiharan inkuiri tempatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh tiga bulan lepas sebagai tidak sah dan terbatal.

Para pengundi berkenaan mendakwa inkuiri tersebut tidak dilakukan dengan betul seperti yang ditetapkan di bawah Jadual 1 dan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 18 dan 19 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 kerana mereka dinafikan perwakilan perundangan semasa inkuiri tempatan.

Para pengundi yang terkesan adalah dari kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau (Kedah), Bakar Bata (Kedah), Kuala Sepetang (Perak), Semerah (Johor) dan Bukit Batu (Johor).

Selain itu, ia turut melibatkan dua kerusi Parlimen iaitu Tambun (Perak) dan Ledang (Johor).

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS