Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan bahawa pilihan raya negeri Sabah akan dibuat lebih awal.

Malah, presiden Umno itu berkata dakwaan Sabah akan menghadapi pilihan raya negeri dalam masa terdekat juga hanya spekulasi semata-mata.

"Kita tak ada apa-apa keputusan malah belum ada apa-apa keputusan berhubung sama ada pilihan raya negeri (Sabah) awal akan dibuat di Sabah atau tidak.

"Jadi, pada kedudukannya masih spekulasi setakat ini.

"Kita akan tengok segala aspek tapi setakat ini saya nak tegaskan, ia hanya spekulasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat anggota Majlis Tertinggi Umno di PWTC.

Sebelum ini wujud spekulasi Sabah akan mengadakan pilihan raya negeri lebih awal.

Beberapa pihak menjangkakan pilihan raya negeri boleh berlaku seawal April juga BN merancang tidak menggunakan tambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri baru yang disyorkan pada tahun lepas dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac ini.

Ketika ini Sabah mempunyai 60 kerusi dewan undangan negeri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS