Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah S'pura putuskan bekas pegawai bank Jho Low bersalah
Diterbitkan:  Dec 21, 2016 6:00 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Bekas pegawai bank BSI Singapura Yeo Jiawei hari ini didapati bersalah berhubung tuduhan mengganggu saksi berhubung dengan penyiasatan pengubahan wang haram 1MDB di republik itu.

Laporan Bloomberg memetik Hakim Ng Peng Hong berkata Yeo adalah "saksi yang tidak boleh dipercayai dan tidak kredibel” sebelum menjatuhkan hukuman bersalah.

Yeo berdepan dengan hukuman penjara tujuh tahun maksimum. Hukuman akan dijatukan esok.

Sepanjang perbicaraan, saksi pendakwaan memberi keterangan bahawa hartawan Malaysia Jho Low adalah pelanggan Yeo dan kedua-dua mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Mahkamah juga diberitahu bahawa Low membayar Yeo sekitar S$500,000 setahun bagi perkhidmatannya, termasuk menguruskan beberapa akaun di BSI Singapura yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Walau bagaimanapun, Yeo mendakwa beliau tidak pernah menerima satu sen pun daripada Low.

Mahkamah Singapura juga akan membicarakan Yeo atas beberapa kesalahan lain tahun depan - semua berkaitan dengan siasatan 1MDB, termasuk penipuan, pengubahan wang haram dan pemalsuan.

Setakat ini, Yeo adalah pegawai bank ketiga BSI yang disabitkan kesalahan berhubung 1MDB.

Yak Yew Chee sedang menjalani hukuman penjara 18 minggu atas tuduhan pemalsuan dan kegagalan untuk mendedahkan transaksi yang mencurigakan. Jumaat lalu, pekerja bawahan Yak, Yvonne Seah mengaku bersalah terhadap tuduhan yang sama dan dihukum penjara dua minggu.

Singapura telah mengarahkan BSI untuk menghentikan operasinya pada bulan Mei lalu.

Sebelum ini, pihak berkuasa Singapura juga telah bertindak terhadap UBS Group AG, Standard Chartered dan Falcon Private Bank atas dakwaan yang dikaitkan dengan 1MDB.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS