Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Duterte beritahu Malaysia agar bom penculik bersama tebusan
Diterbitkan:  Dec 10, 2016 6:11 PM
Dikemaskini: 11:41 AM

Presiden Filipina Rodrigo Duterte memberitahu Malaysia dan Indonesia untuk mengebom militan Filipina yang melakukan penculikan bersama tebusan mereka.

Duterte berkata tebusan juga wajar dibom kerana mereka 'tidak sepatutnya berada di sana', lapor AP.

Laporan itu memetik Duterte sebagai berkata beliau menyampaikan mesej tersebut kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

"Bom mereka. Jika mereka tak boleh ditangkap anda bom mereka.

"Bagaimana pula dengan tebusan? Eh, bom mereka juga. Mereka tidak sepatutnya berada di sana, terdapat amaran," beliau dipetik sebagai berkata.

Terdapat kes penculikan di perairan Sabah, yang kebanyakannya menjadikan rakyat Malaysia, Indonesia atau pelancong antarabangsa sebagai tebusan.

Pengganas telah menggunakan Selatan Filipina sebagai pengkalan untuk menculik tebusan di Sabah.

Bulan lalu, kerajaan Filipina memberi kebenaran kepada pasukan keselamatan Malaysia yang memburu kumpulan militan untuk memasuki perairan negara itu.

Pada Khamis lalu, tiga penculik disyaki ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia di perairan Sabah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS