Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sami Buddha Malaysia kecam keganasan pada Rohingya
Diterbitkan:  Dec 8, 2016 1:29 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Ketua Sami Buddha Malaysia K Sri Dhammaratana mengecam kumpulan sami di Myanmar yang mengapi-apikan keganasan terhadap masyarakat Rohingya di Rakhine.

Katanya, hanya “sami palsu” yang menyokong keganasan, lapor The Star Online.

“Kadang-kadang orang guna sami palsu untuk sebab-sebab politik.

“Biar mereka pakai jubah (sami Buddha) dan buat perkara yang sami sejati tidak akan buat.

“Keganasan tidak sekali-kali digalakkan dalam ajaran Buddha. Kita kita sepatutnya membunuh makhluk hidup, termasuk binatang,” katanya.

Beliau diminta mengulas kumpulan sami di Myanmar dikenali sebagai Ma Ba Tha yang menghasut keganasan terhadap masyarakat Rohingya yang rata-rata beragama Islam.

Dhammaratana berkata beliau telah melawat kawasan konflik tiga tahun lalu dan percaya ia bukan masalah gama.

“Ia diketengah secara salah kepada dunia sebagai isu agama.

“Ia tiada kaitan dengan agama. Ia disebabkan oleh kelemahan manusia,” katanya.

Beberapa NGO Melayu menuntut sebelum ini menuntut sami-sami Buddha di Malaysia menyatakan pendirian mereka terhadap bantahan ahli agama itu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Yangon.

Mereka membantah pendirian Najib yang membantah keganasan terhadap Rohingya.

Duta Malaysia di Myanmar juga dipanggil oleh kerajaan negara itu selepas Najib menyertai perhimpunan pro-Rohingya bersama PAS dan kumpulan NGO di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Negara itu juga menghentikan menghantar pekerja ke Malaysia tetapi tidak menyatakan sebabnya dalam pengumuman pada Selasa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS