Anggota Parlimen Gelang Patah dari DAP, Lim Kit Siang menafikan barisan kabinet palsu yang menyenaraikan pemimpin Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Malaysia (BERSATU) sebagai menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum ke-14.
Lim menyifatkan ia sebagai kempen serangan propaganda utama pendekatan gaya ala Nazi-'Big Lie' oleh Umno menjelang pilihan raya umum ke-14.
"Kempen ini menjadi bertambah hebat oleh kerana telah dilancarkan sebelum, semasa dan selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada minggu lalu," ujar Lim di Pulau Pinang hari ini.
Lim berkata beliau tidak terkejut melihat dalam media sosial 'Barisan Kerajaan Baru 2017 - Pakatan Harapan DAP/PKR/PAN/PPBM' dengan 22 menteri barisan Kabinet berkenaan.
"Buat pertama kali dalam sejarah 60 tahun negara, saya sedang disenaraikan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam barisan kabinet palsu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Timbalan Perdana Menteri.
"Tidak pernah, dalam 51 tahun saya berpolitik terfikir untuk menjadi PM walaupun saya agak berbesar hati untuk melihat nama saya dalam senarai itu," jelas beliau.
Lim mendakwa ia adalah perbuatan gerak kerja siber Umno yang mewujudkan senarai kabinet palsu.
Senarai menteri adalah seperti berikut:
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Lim Kit Siang (DAP).
Timbalan Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir Mohamad. (BERSATU).
Menteri di JPM:
Unit Perancang Ekonomi - Lim Guan Eng (DAP).
Integrasi Nasional & Pengurusan Prestasi – Tan Sri Muhyiddin Yasin (BERSATU).
Tiada portfolio – Sivarasah a/l Rasiah (PKR)
Kementerian:
Pengajian Tinggi – Nga Kor Ming (DAP)
Pelajaran – Azmin Ali (PKR)
Luar – Nurul Izzah (PKR)
Pertahanan – Mahfuz Omar (PAS)
Belia & Sukan - Elizabeth Wong (PKR)
Perdaganan Dalam Negeri & Barangan Rakyat – Tony Pua (DAP)
Komunikasi & Hal Ehwal Kaum India – Gobind Singh Deo (DAP)
Wanita & Pembangunan Keluarga – Datuk Seri Wan Azizah (PKR)
Pelancongan & Publicity Antarabangsa – Rafizi Ramli (PKR)
Sains, Teknologi & Industri Nuklear – Fuziah Saleh (PKR)
Kerja Raya – Zuraida Kamaruddin (PKR)
Komunikasi & Hal Ehwal Kaum Cina – Tian Chua (PKR)
Perumahan & Kerajaan Tempatan – Anthony Loke (DAP)
Perdaganan Antarabangsa & Industri – Teresa Kok (DAP)
Sumber Manusia – S. Manickavasagam (PKR)
Kesenian, Kebudayaan & Sejarah – Khalid Samad (PAN).