Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Syed Azmi senyum terima tuntutan saman Kazim
Diterbitkan:  Nov 23, 2016 7:20 PM
Dikemaskini: 12:14 PM

Aktivis masyarakat Syed Azmi Alhabshi mengesahkan mendapat surat tuntutan saman dari penceramah bebas Datuk Datuk Kazim Elias berhubung isu serangan seksual di sebuah sekolah tahfiz di Ipoh, Perak.

Bagaimanakah reaksi Syed Azmi selepas menerima surat berkenaan? Katanya: Senyum.

"Saya pasti anda tertanya-tanya bagaimana saya menangani isu ini selama ini. Dengan senyuman dan terus bekerja," tulisnya di Facebook sebentar tadi.

Kazim yang pernah ditawarkan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno dikaitkan dengan dakwaan serangan seksual itu kerana institusi berkenaan diasaskannya.

MalayMail Online melaporkan Kazim turut menghantar surat tuntutan saman kepada bekas pelakon Wardina Safiyyah serta ibu bapa kepada pelajar yang didakwa menjadi mangsa serangan seksual berkenaan.

Bagaimanapun firma guaman yang menguruskan proses itu tidak mendedahkan terma tuntutan yang dibuat ke atas Syed Azmi dan Wardina - didakwa Kazim menyebabkan tuduhan ke atas sekolah tahfiznya menjadi viral.

Portal itu pada 21 November lalu melaporkan Kazim menuntut RM8 juta daripada ibu pelajar di Pusat Pendidikan Al Barakah itu dan memohon maaf secara terbuka di akhbar dan Facebook dalam tempoh tujuh hari.

Syed Azmi berkata dia menerima surat daripada peguam Kazim pada awal Oktober lalu.

"Saya menjawab dengan sewajarnya melalui firma guaman RamRais & Partners dan Syahredzan Johan.

"Saya meminta maaf kerana tidak menulis apa-apa mengenaiya kerana saya tidak mahu kes atau berita ini menghalang apa yang saya perjuangkan," katanya lagi.

Syed Azmi juga berkata dia terkejut apabila mengetahui surat tuntutan turut dihantar kepada Wardina.

"Biarlah proses sewajarnya berjalan. Doa kalian sangat dihargai. Jangan lupa doakan juga keselamatan semua kanak-kanak dalam doa kalian.

"Saya dengar beliau (Kazim) sakit baru-baru ini, mungkin akan pulih. Saya pasti anak-anaknya risau," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS