Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ada apa dengan jemputan Zahid
Diterbitkan:  Nov 22, 2016 2:44 PM
Dikemaskini: 7:21 AM

Usul rang undang-undang persendirian cuba dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya diketepikan sepanjang sesi parlimen kali ini untuk perbahasan belanjawan 2017.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan masih ada harapan usul itu dibawa dan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Melalui sepucuk surat ditandatangani Zahid, beliau semua menjemput anggota parlimen beragama Islam menghadiri sesi perjumpaan dan taklimat mengenai rang undang-undang dibawa presiden PAS itu.

Sesi berkenaan dijadual berlangsung di Dewan Taklimat Parlimen Malaysia pada jam 5 petang ini.

Surat rasmi dengan kepala bertulis "Timbalan Perdana Menteri" itu bertajuk Perjumpaan dan Taklimat Khas Kepada Semua Ahli Parlimen Islam Berkenaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355.

Surat itu diedarkan pada 18 Nobember.

Rang undang-undang Abdul Hadi itu diletakkan pada nombor empat Kertas Aturan Mesyuarat ketika sesi terakhir parlimen tahun ini bersambung pada 17 Oktober lalu.

Ia bagaimanapun tidak dibawa ke sidang ekoran perbahasan mengenai belanjawan 2017 dan ia dijangka berakhir hari ini sebelum sidang ditamatkan dua hari lagi.

Kerajaan boleh memberi keutamaan kepada usul Abdul Hadi dalam tempoh dua hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan keyakinan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali usul pindaan Akta 355 itu akan dibentang sebelum sidang parlimen berakhir.

"Tunggu dan lihat. Saya yakin 500 peratus. Insha Allah," katanya.

Melalui rang undang-undang itu Abdul Hadi mencadangkan pindaan kepada Akta 355 yang mengehadkan hukuman yang boleh dikenakan mahkamah syariah.

Ketika ini mahkamah syariah hanya boleh mengenakan hukuman denda maksimum RM5,000, tiga tahun penjara atau enam sebatan rotan ke atas pesalah.

Rang undang-undang itu - jika diluluskan - juga didakwa bakal membatalkan kekangan pusat untuk pelaksanaan hukum hudud di peringkat negeri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS