Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images

Azumin Yunus, anak sulung pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, hari ini membuat laporan polis terhadap penahanan ibunya bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya, Azumin menegaskan Maria bukan pengganas dan justeru berhak mendapatkan layanan peri kemanusiaan ketika ditahan.

Selepas ditahan pada Jumaat, Azumin berkata anggota keluarganya hanya berpeluang bertemu Maria sebentar sahaja di IPD itu semalam.

“Sekarang anggota keluarga tidak tahu di mana dia dan bila lagi akan jumpa dia.

“Kami benar-benar tidak tahu dan ini amat menakutkan kami. Emak kami dibawa pergi,” katanya.

Maria ditahan atas alasan cuba memudaratkan demokrasi berparlimen dalam serbuan polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di pejabatnya di Petaling Jaya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS