Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Janda seksi’ Ibrahim Ali sahkan bertanding PRU14

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Sambil mengibaratkan dirinya seperti ‘janda seksi’ berikutan beberapa parti politik sudah ‘melamarnya’ untuk bertanding melalui tiket parti masing-masing, katanya, tumpuan beliau sekarang adalah kepada PERKASA.

Beliau yang bertanding sebagai calon bebas di Pasir Mas pada pilihan raya 2013 bagaimanapun tidak mahu mendedahkan parti politik mana yang menjadi pilihannya.

“Saya mengakui ada pihak yang melamar kerana saya tak minat menyertai parti politik dan ingin kukuhkan PERKASA.

“Ada yang melamar (bertanding) kerana saya janda seksi.

“Tapi saya pasti akan bertanding dalam pilihan raya, tapi saya tak tahu bagaimana (nak tanding).

"Saya tak tak boleh bagi tahu sekarang,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat PERKASA di ibu negara.

'Lepas Trump, peluang saya pula jadi PM'

Sementara itu, Ibrahim sempat berjenaka beliau mungkin berpeluang menjadi perdana menteri memandangkan Donald Trump turut memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Katanya, beliau telah digelar "Donald Trump" Malaysia oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Dulu ada orang kata Ibrahim Ali adalah Donald Trump. Orang bukan main perlekeh saya. Akhir sekali Donald Trump jadi presiden AS.

“Datuk Jazlan melabel saya Ibrahim Ali Donald Trump Malaysia, bila Donald Trump menang dia diam. Ingatkan dia nak ucap tahniah pada saya. Tak ada nak ucap tahniah pun.

“Jangan main-main ya. Kita manusia boleh merancang, Allah taala yang menentukan,” katanya sambil ketawa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS