Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana menjadikan Parlimen tidak demokratik sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Pandikar berkata, Mahathir telah memansuhkan Akta Perkhidmatan Parlimen - perundangan utama yang memisahkan kuasa eksekutif dari legislatif - pada tahun 1992.
"Saya mahu Mahathir untuk memohon maaf. Kenapa semasa beliau menjadi perdana menteri bahawa beliau memansuhkan Akta Perkhidmatan Parlimen yang merupakan perkara yang paling penting dalam mana-mana Parlimen untuk memisahkan kuasa eksekutif dari perundangan.
“Saya akan minta Mahathir minta maaf dulu. Kenapa masa dia PM, Akta Perkhidmatan Parlimen yang paling penting dalam mana-mana parlimen (yang) mengasingkan kuasa eksekutif itu dimansuhkan waktu beliau (menjadi) PM.
“Kenapa itu tak sebut dalam resolusi kalau benar mahu memartabatkan parlimen?” soalnya ketika bercakap kepada pemberita hari ini.
Beliau mengulas mengenai empat resolusi yang diluluskan semasa mesyuarat pakatan pembangkang berhubung imuniti parlimen pada Isnin.
Mahathir adalah antara mereka yang hadir, bersama-sama dengan bekas menteri kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Mesyuarat itu diadakan selepas polis menyiasat Muhyiddin, Shafie dan seorang lagi bekas menteri kabinet, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, baru-baru ini berhubung ucapan mereka di Dewan Rakyat.
Mahathir telah mengkritik Pandikar kerana menjadi 'penjaga gol kerajaan" dengan menggunakan kedudukannya untuk melindungi kerajaan daripada penelitian di Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut, Pandikar berkata semua anggota parlimen sekarang yang menyertai sesi perbahasan berpeluang mengemukakan hujah masing-masing tanpa sebarang gangguan mengikut peraturan mesyuarat.
"Misalnya, anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli (daripada PKR) berhujah selama 30 minit mengikut peruntukan masa diberikan dan beliau berucap tanpa gangguan daripada saya dan timbalan saya.
"Begitu juga dengan anggota parlimen lain yang berhujah sekiranya mereka berhujah mengikut peraturan mesyuarat, tapi kalau mereka berhujah tidak mengikut peraturan, speaker akan suruh berhenti atau diganggu anggota Parlimen lain," katanya.
Pandikar kemudian menyingkap kembali peristiwa pada 1998 mengenai satu usul yang dibawa oleh Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang daripada DAP berhubung kes kerugian Perwaja Steel Sdn Bhd berjumlah RM10 bilion.
Bagaimanapun, menurutnya, usul itu ditolak oleh Tun Zahir Ibrahim, speaker Dewan Rakyat ketika itu, dan ia berlaku pada zaman Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
"Saya yakin perkara ini turut diingati oleh (Lim) Kit Siang yang membuat usul itu di Dewan Rakyat," katanya.
Selasa lalu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hadir ke Parlimen bagi menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen yang turut dihadiri barisan pemimpin dan anggota Parlimen pembangkang.
Pandikar berkata beliau menerima undangan untuk menghadiri mesyuarat itu daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah tetapi menolaknya kerana statusnya sebagai speaker selain ia lebih untuk pembangkang.
"Ketika itu (mesyuarat) adalah antara parti pembangkang, untuk tujuan apa saya hadir?
“Dialog dengan Tun Mahathir, bertegang urat, sebut perkara-perkara yang menyakitkan (hati) orang tertentu, itu sebab saya tidak hadir," katanya.