Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jurutera didakwa dera anak kekasih, beri makan lipas goreng
Diterbitkan:  Nov 10, 2016 12:08 PM
Dikemaskini: 4:59 AM

Seorang jurutera kilang ditahan polis selepas dipercayai mendera anak teman wanitanya di Bukit Gambir di George Town, semalam.

Difahamkan, suspek ditahan kira-kira jam 1 pagi tadi untuk membantu siasatan, lapor Sinar Online.

Memetik sumber harian ini melaporkan lelaki 36 tahun itu memberi mangsa makan nasi berlaukkan kicap dan lipas goreng.

Sumber berkata, mangsa lapan tahun itu juga mengalami kecederaan teruk dan lebam di kedua-dua belah tangan, dada dan belakang badan akibat dipukul kira-kira 100 pukulan dengan pembaris kayu.

Difahamkan, kejadian itu hanya disedari Isnin lalu selepas mangsa dibawa ibunya menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Menurut sumber lagi, selepas membuat pemeriksaan, doktor berkenaan melaporkan kepada polis berhubung kejadian itu.

"Selain penahanan suspek, polis turut merampas pembaris kayu sepanjang satu meter yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

"Mangsa dipukul sejak 1 November hingga 5 November lalu kerana didakwa terlalu nakal dan suka bercakap bohong," beliau dipetik sebagai berkata.

Dikatakan ibu mangsa hanya melihat kejadian itu dan menganggap suspek hanya mahu memberi pengajaran kepada anak kandungnya itu, lapor Sinar Online lagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS