Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Selepas petrol percuma, peniaga mahu sedekah beras pula
Diterbitkan:  Nov 5, 2016 6:17 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Lelaki yang mencetuskan kekecohan di media sosial selepas beliau menawarkan petrol percuma untuk kira-kira 1,500 penunggang motosikal kini tampil dengan sumbangan terbaru untuk bersedekah beras percuma pula.

Semalam, Abd Ghani Haron, yang mengendalikan perniagaan katering menghabiskan masa hampir empat jam mulai jam 6.30 pagi bagi mengisi petrol buat para penunggang motosikal di stesen Shell cawangan Tikam Batu dan membayar kosnya.

"Lebih dari 1500 orang penunggang hadir mengisi minyak yang pads akhirnya bila ditutup menelan belanja RM5913.00. Program ini bertujuan membantu orang ramai yg meringan bebanan hidup.

"Saya amat berharap program ini mencetus idea kpd orang lain untuk turut sama berkongsi rezeki dan membantu masyarakat,lebih lagi para YB dan menteri serta begitu ramai para jutawan.

"Berhentilah dari hanya bercakap,tetapi bertindaklah," katanya dalam satu catatan Facebook.

Abu Ghani telah mengumumkan di Facebook sehari lebih awal mengenai perancangannya untuk mengedarkan petrol percuma untuk penunggang motosikal.

Dalam satu lagi catatan Facebook, Abu Ghani menambah, beliau merancang untuk mengadakan satu lagi pusingan petrol percuma pada bulan depan.

Tetapi sebelum itu, beliau merancang untuk memberi beras percuma pada pertengahan bulan ini, katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS