Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Husni tak pernah bangkit isu 1MDB dalam MT, kata Reezal

Bekas menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak pernah sekali pun membangkitkan isu 1MDB dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang disertainya.

Sebaliknya, anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merical Naina Merican berkata perkara itu hanya dibangkitkan oleh beliau dan beberapa anggota Majlis Tertinggi yang lain.

"Saya pernah bangkit (isu 1MDB) tapi tak pernah dengar Husni bangkit dalam mesyuarat tertinggi umno.

"Ada rakan-rakan lain pernah bangkit," kata Reezal kepada pemberita.

Namun, mengulas apa yang dilakukan oleh Ahmad Husni, Reezal berkata anggota parlimen Tambun itu harus bertanggungjawab dengan tindakannya.

"Kalau nak dedahkan keputusan bersama dia (Husni) harus bertanggungjawab (dengan pendedahan yang dibuat)," kata Reezal.

Reezal berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa seluruh kabinet perlu disoal siasat berhubung skandal 1MDB.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu dibuat ekoran siasatan yang akan dibuat ke atas Ahmad Husni kerana membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Menurut kenyataan Tuan Ibrahim, keseluruhan kabinet perlu disiasat sama ada mereka sengaja mengelirukan orang awam mengenai 1MDB.

Kata Tuan Ibrahim, polis tidak perlu membazirkan tenaga dan masanya untuk menemu ramah Husni yang dipanggil ke ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini.

Bagaimanapun, mengulas apakah tindakan Ahmad Husni membuktikan beliau tidak amanah dengan tanggungjawab yang diberikan, Reezal berkata:

"Saya tak kata tak amanah. Dia punya hak untuk tanya. Untuk ceritakan perkara dalam perbincangan," kata Reezal yang juga timbalan menteri Luar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS