Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Konvensyen HARAPAN akan beri petunjuk barisan untuk PRU
Diterbitkan:  Oct 24, 2016 2:09 PM
Dikemaskini: 1:15 PM

Ketua sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata konvensyen mereka pada 12 November depan akan memberi petunjuk terhadap barisan kepimpinan pembangkang untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Katanya, mungkin ada persetujuan antara parti-parti HARAPAN dan di luar gabungan itu – yang akan memberi petanda secara tidak langsung berkaitan bentuk kepimpinan yang akan ditawarkan kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pengerusi Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan dalam pelancaran buku The End of Umno? Essays on Malaysia’s Dominant Party.

Saifuddin berkata HARAPAN kini sedang berbincang dengan parti lain, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS.

“Tolong bersabar dengan kami. Kita ada masalah kita.

“Saya tak adakan katakan kami semua ini malaikat,” kata Saifuddin, yang menulis pengantar untuk buku itu.

Saifuddin juga berkata HARAPAN kekal berpegang kepada matlamatnya untuk membentuk pembangkang yang bersatu untuk berdepan BN dan menuju pertembungan satu lawan satu dalam PRU14.

Ambiga, dalam pelancaran buku itu di Kuala Lumpur bertanya kepada Saifuddin sama ada pembangkang bersedia berdepan PRU14, kerana belum membentuk kabinet bayangan.

Beliau kemudian menuntut Saifuddin memberitahu rakyat kenapa mereka perlu memilih pembangkang yang belum pun membentuk kabinet bayangan.

Berkaitan calon perdana menteri HARAPAN, Saifuddin sebelum itu berkata pembangkang tetap memilih pemimpin mereka yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak akan berlaku jika kerajaan pusat tidak berjaya ditubuhkan bagi memastikan Anwar dibebaskan daripada menjalani hukuman penjara lima tahun.

[Baca berita asal]
 



Nota pengarang: Tulisan ini sebelum ini menyebut Saifuddin membayangkan kabinet bayangan akan didedahkan bulan depan. Kami kesal atas kesilapan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS