Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penjawat awam cari khidmat kaunseling kerana tekanan

Penjawat awam dalam lingkungan umur 30 dan 40 tahun adalah golongan yang sering mendapatkan khidmat kaunseling bagi mengatasi masalah tekanan, kata Timbalan Pengarah Kanan Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Dr Abdul Jalil Hassan.

Katanya, tekanan yang dihadapi antaranya berpunca daripada masalah kewangan dengan kebanyakan kumpulan ini, baru membina keluarga, mempunyai zuriat, membeli rumah dan berhutang.

"Kebanyakan mereka yang datang mendapatkan khidmat kaunseling adalah secara sukarela dan ada juga yang dirujuk oleh ketua bahagian atau jabatan mereka," katanya kepada media selepas majlis perasmian Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam 2016 di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Sabariah Hassan.

Dr Abdul Jalil bagaimanapun berkata secara umumnya, masalah tekanan dalam kalangan penjawat awam masih stabil kerana faktor kedudukan ekonomi yang baik termasuk menerima gaji bulanan secara tetap.

Beliau turut berkongsi pandangan bahawa masalah tekanan dijangka menjadi penyakit nombor satu dunia menjelang 2020 yang seterusnya memberi kesan negatif kepada masyarakat jika tidak ditangani dengan baik.

Katanya masalah tekanan terdiri dua jenis iaitu 'eustress' dan 'distress'
dimana eustress adalah tekanan bagi mencapai kejayaan manakala distress adalah sesuatu tekanan yang perlu dikurangkan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS