ULASAN Saya merujuk kepada Advokasi Ilmuwan, Ranking Universiti Malaysia: Adakah Relevan? yang berlansung di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 28 September 2016.
Kenyataan yang berunsur telus, jujur dan ikhlas yang datangnya dari pihak atasan Malaysia adalah kenyataan “Lima universiti tempatan berada dalam kelompok satu peratus universiti terbaik dunia,” oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh. (Bernama, 24 September 2016) adalah berkaitan.
Kenyataan tersebut adalah berdasarkan dari kedudukan oleh QS Quacquarelli Seymonds World University 2016/2017. Cuma yang kita kurang pasti adalah kedudukan universiti –universiti Malaysia oleh Times Higher Education World University.
Lima universiti penyelidikan yang tersenarai termasuklah UM, UUM, UKM, UPM dan UTM yang dikatakan melahirkan graduan holistik yang berteraskan kepada kesusahawanan dan keimanan.
Ramai tentu tahu bahawa untuk disenaraikan dalam kedudukan empat petunjuk utama yang mempengaruhi kedudukan adalah pengajaran, penyelidikan, petikan atau sitasi (citing) dan pengantarabangsaan.
Namun, untuk mengejar kedudukan dan keinginan untuk mendapatkan pengiktirafan yang tidak setanding yang berorientasikan komersial adalah sesuatu yang tidak rasional.
Seruan tokoh akademik yang mahu Malaysia melupakan perkara kedudukan universiti dan kembali kepada keperluan asasi pendidikan dan untuk kekal relevan dan berupaya saing pada peringkat global dalam konteks keilmuan adalah lebih sesuai dihayati.
Kedudukan kewangan universiti yang terpaksa mencari dana sendiri, keupayaan mendapatkan tenaga pengajar yang berpengalaman, berkelayakan tinggi dan tersohor sudah dengan sendirinya menjadi halangan dan kekangan bagi institusi terlibat.
Usaha menjalankan dan menghasilkan penyelidikan bertaraf dunia juga masih dalam senarai panas sesebuah institusi. Mungkin ilmuwan Malaysia yang berkhidmat dan berada di luar negara dan yang turut sudi menyumbang hasil kerja mereka dapat membantu.
Pihak barat terutamanya akan sentiasa merubah matrik yang mereka gunakan, jadi sukar untuk membuat perbandingan yang bermakna daripada satu tahun seterusnya. Para pengkritik juga mendakwa bahawa ini adalah satu langkah pemasaran sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti kedudukan: perubahan dalam metrik akan menghasilkan perubahan dalam kedudukan yang mendorong orang ramai untuk mempercayai perubahan yang berlaku.
Proses keseluruhan seolah menunjukkan satu jenis autoritatif kepersisan dan ketegasan yang menyampaikan maksud sebenar kepada kedudukan, tetapi adalah karut semata-mata untuk mengatakan bahawa, sebagai contoh, Unimap "berada di kedudukan lebih tinggi" daripada USM atau Unitar harus berada dikedudukan lebih baik dari OUM.
Oleh kerana sistem kedudukan ini diikuti ramai, ia turut menggalakkan kolej dan universiti untuk menyertai sistem ini iaitu untuk melakukan apa yang mereka boleh untuk meningkatkan kedudukan, sebagai contoh, menghabiskan banyak wang kepada perkara-perkara yang di rancangkan atau dianggap penting atau agresif contohnya meningkatkan jumlah pemohon dan menolak permohonan yang dimajukan supaya kelihatan "hanya yang terpilih" sahaja yang mendapat tempat dan lantas meningkatkan kedudukan mereka.
Dengan bantuan media, institusi terbabit dapat melonjak kos yang lebih tinggi kerana institusi memberi ganjaran kepada media dan seterusnya kos pengajian turut meningkat.
Dikhabarkan ‘kedudukan’ yang dinyatakan tidak mengukur kualiti pendidikan di institusi terbabit, maupun apa-apa "hasil" pertimbangan (sebagai contoh, adakah pelajar di kolej X benar-benar belajar dan adakah pelajarnya mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian?).
Sebahagian besar (22.5 hingga 25 peratus) kedudukan sesebuah institusi bukanlah dari kajian bermakna tetapi daripada ukuran "reputasi", atau pun laporan "rakan penilaian".
Dengan memberi "pemberatan ketara kepada pendapat orang berkedudukan untuk menilai kecemerlangan akademik mahasiswa sekolah", status kedudukan membenarkan penggunaan "merupakan" seperti "universiti pembekal pengajaran."
Pengkritik berkata, komponen ini menjadikan ‘kedudukan’ seolah pertandingan populariti atau pertandingan ratu cantik, dan kemudiannya meminta pegawai kolej memberi kenyataan merit relatif yang berdasarkan panduan oleh media. Langkah reputasi ini dilakukan semata-mata demi himpunan "prejudis" yang menjadikan ‘kedudukan’ sebagai "nubuatan memenuhi diri."
Pengkritik turut memberi perhatian terhadap budaya taksub dengan prestij dan kehebatan. Status kedudukan "memburukkan lagi kebimbangan status" bakal pelajar dan ibu bapa. Apa akan orang kata dan bagaimana jika saya tidak berjaya ke institusi bertaraf dan berstatus? Apa akan orang fikir?
Kita perlu kembali kepada fundamental dan membuat muhasabah dari mana kita bermula dan bagaimana untuk kekal relevan dan berupaya bersaing pada peringkat global dalam konteks keilmuan. (Mohamad Abdullah, 21 September 2016).
NOTA: AZIZI AHMAD adalah seorang pendidik.