Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Diskaun LRT 50% di beberapa laluan
Diterbitkan:  Sep 15, 2016 7:10 PM
Dikemaskini: 11:42 AM

Prasarana Malaysia Berhad hari ini mengumumkan diskaun tiket Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) sebanyak 50 peratus kepada semua pengguna bagi laluan Kelana Jaya, Sri Petaling, Monorel dan Sunway BRT.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, orang ramai akan menerima diskaun itu bermula esok sehingga pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagaimanapun tawaran ini hanya terbuka kepada mereka yang menggunakan Touch 'n Go, kad MyRapid, MyRapid Smart 7, MyRapid Smart 30 dan kad konsesi MyRapid.

Kata Azmi, potongan diskaun 50 peratus itu juga hanya pada hari Isnin hingga Jumaat dan di antara jam 6 hingga 7 pagi sahaja.

Jelasnya, pihaknya memberi diskaun pada waktu berkenaan bagi membolehkan orang ramai menggunakan LRT di luar waktu puncak.

"Kalau kita masuk stesen dan tap kad pada pagar sebelum 7 pagi, tak kira pukul berapa anda keluar, tambang diskaun tetap 50 peratus.

"Kita buat begini sebab kita belajar daripada bandar dari negara lain yang menghadapi masalah sama. Mereka tahu kapasiti kereta api mungkin tidak dapat menampung pada waktu puncak.

"Sesetengah bandar mula memperkenalkan perkara ini untuk mengalakkan orang ramai keluar awal," katanya pada sidang media di ibu negara hari ini.

Selain itu Azmi berkata, pihaknya akan melihat sambutan orang ramai terhadap tawaran diskaun tersebut sebelum membuat keputusan sama ada akan menawarkan tawaran sama di waktu petang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS