Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahli Umno tak boleh 'atas pagar', kata Khairy
Diterbitkan:  Sep 10, 2016 3:55 PM
Dikemaskini: 7:58 AM

Anggota Umno perlu menetapkan pendirian setia kepada parti dengan tidak menjadi golongan atas pagar kerana sokongan dalam politik tidak boleh dibahagi dua, tegas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata terdapat segelintir anggota Umno yang menggunakan alasan hormat dan terhutang budi untuk memberikan sokongan kepada bekas pemimpin parti sehingga wujud perasaan berbelah-bahagi.

"Kena buat pilihan, tidak boleh berada di atas pagar... kita ahli Umno mesti sokong pemimpin Umno sepenuh jiwa dan raga kita," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Sik, hari ini.

Turut hadir Ketua Umno bahagian Sik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Katanya walaupun tidak menafikan jasa bekas pemimpin tersebut namun tindakan mereka menubuhkan parti baharu jelas memberi isyarat bahawa mereka ingin melawan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Walau bagaimana hebat dan popularnya seseorang pemimpin itu, namun tanpa parti yang kuat, ia hanyalah sia-sia sahaja. Dalam politik tiada tempat untuk pemain individu, yang bergerak tanpa parti. Perlu ada gandingan hebat parti dan pemimpin," katanya.

Sementara itu, Khairy yang juga menteri belia dan sukan turut mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk kemudahan sukan di daerah Sik.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS