Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syarikat penerbangan S'pura usik AirAsia
Diterbitkan:  Sep 9, 2016 4:03 PM
Dikemaskini: 8:17 AM

Syarikat penerbangan tambang murah Singapura mengusik AirAsia berikutan kesilapan navigasi yang membawa kepada salah satu daripada pesawatnya ke Kuala Lumpur dari Sydney mendarat di Melbourne, Australia.

Apabila penerbitan Todayonline Singapura menerbitkan laporan mengenai perkara itu, Fly Scoot menambah komen di artikel yang dimuat naik di Facebook.

"Bercakap tentang melarikan diri secara spontan! Scoot terbang ke Melbourne 5 kali seminggu ... dan bukan oleh kemalangan," tulis akaun Fly Scoot di Facebook berkenaan beserta smiley.

Rabu lalu, sebuah pesawat AsirAsia yang dijadual terbang ke Kuala Lumpur dari Sydney tersilap mendarat di Melbourne.

Selepas sembilan jam penerbangan, pesawat itu hanya sampai di ibu kota negara kanggaru itu yang cuma 722km dari barat daya Sydney.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mendedahkan bahawa kapten penerbangan AirAsia menyalin koordinat daripada tanda di luar tingkap kokpit ke pesawat, dan kemudian analisis menunjukkan 'kesilapan masukkan data'.

"Ini menyebabkan ralat kedudukan melebihi 11,000km, yang menjejaskan sistem navigasi pesawat dan beberapa sistem amaran," kata ATSB.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS