Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahli perniagaan M'sia nafi terlibat skim wang haram Maldives
Diterbitkan:  Sep 7, 2016 7:08 PM
Dikemaskini: 11:50 AM

Ahli perniagaan Malaysia Faidzan Hassan hari ini menafikan dirinya terbabit dengan skim pengubahan wang haram di Maldives melibatkan sejumlah AS$1.5 bilion seperti yang didakwa oleh laporan  Al-Jazeera.

Beliau membuat penafian tersebut semasa dihubungi oleh Malaysiakini sebagai penjelasan terhadap laporan Al-Jazeera tersebut.

Dalam dokumentari bertajuk 'Al-Jazeera Investigates: Stealing Paradise' yang disiarkan hari ini, ia memperincikan dakwaan skim oleh bekas naib presiden Maldives bersama-sama beberapa 'ahli perniagaan terselindung' untuk mengubah AS$1.5 bilion menerusi pelan pelaburan pulau tersebut.

"(Bekas) Naib Presiden terlibat dalam projek dengan tiga pembantu yang paling rapat dengan presiden termasuk anak saudaranya.

"Mereka bentangkan satu pelan pelaburan Maldives kepada sekumpulan ahli perniagaan terselindung... tetapi ia suatu muslihat untuk menampakkan plot itu sebagai sah," kata laporan itu.

Menurut dokumentari tersebut, antara mereka yang kononnya terlibat ialah rakyat Singapura, pelabur perlombongan dan tenaga Indonesia, rakyat Indonesia dan Faidzan.

"Dari sini, beliau digambarkan bersama arkitek Malaysia dalam perjanjian itu, Faidzan Hassan. Beliau memutar belit sesawang hadapan syarikat dengan wang yang digubah," kata dokumentari itu.

Al -Jazeera turut memasukkan klip video dengan wartawannya mendekati Faidzan di sebuah pusat membeli-belah mewah di Kuala Lumpur dan bertanya kepadanya mengenai sejauh mana pengetahuan beliau tentang 'cash flying into the Maldives' di bawah sebuah syarikat.

Wartawan kemudian bertanya kepadanya tentang tiga individu yang kononnya terlibat dalam skim tersebut dan Faidzan mengakui telah bertemu dengan mereka sebelum ini.

Apabila wartawan terus bertanya kepadanya sama ada beliau membantu mengubah wang haram, Faidzan menuruh wartawan tersebut beredar.

"Ya Tuhan, bagaimana kamu boleh katakan begitu? Katakan begitu kepada saya? Bagaimana kamu boleh katakan begitu?" ujar beliau.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS