Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Tiada air minuman bersih untuk tahanan'
Diterbitkan:  Sep 6, 2016 5:22 PM
Dikemaskini: 9:25 AM

Seorang aktivis hari ini mendakwa persekitaran di pusat tahanan ibu pejabat polis daerah Dang Wangi sebagai cukup menyedihkan dengan ketiadaan air minuman bersih diberikan kepada tahanan.

Aktivis hak asasi manusia, Lawrence Jayaraj, yang ditahan selama dua malam kerana tulisannya di Facebook yang kononnya menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibebaskan tengah hari ini.

"Hari pertama saya di pusat tahanan itu, tidak ada air. Saya ditempatkan bersama-sama dengan hampir 44 orang dalam satu sel besar dan langsung tidak ada air di tandas.

"Hak asasi asas saya rasa seseorang itu perlu dibekalkan air minuman bersih. Malangnya, tiada seorang pun daripada kami diberi sebarang botol air untuk minum," katanya.

Menurutnya, mereka yang ditahan itu dinafikan hak mereka untuk mendapat air minuman tanpa mengira sama ada mereka akan didakwa melakukan kesalahan ataupun tidak.

Lawrence disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana posting di Facebook, yang didakwa dibuatnya pada 2 September lalu.

Malaysiakini sedang berusa mendapatkan ulasan daripada OCPD Dang Wangi, ACP Zainol Samah berhubung dakwaan iti.

Sementara itu, empat aktivis lain - Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais, Datuk A Samad Said dan Rozan Azen Mat Rasip - disoal siasat di balai polis Dang Wangi pagi ini berhubung himpunan ‘Tangkap Malaysian Official 1' yang diadakan pada 27 Ogos lalu.

Maria dan Hishamuddin disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana, antara lain, mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan "ketakutan kepada orang ramai".

Manakala Samad dan Rozan pula disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS