Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pertemuan Anwar-Mahathir redakan penolakan PKR terhadap BERSATU'

Pertemuan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjadi perangsang kepada pengukuhan Pakatan Harapan sebagai pakatan pembangkang persekutuan.

Ketua Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad berkata, pertemuan bersejarah itu boleh meredakan ketegangan di kalangan puak-puak tertentu dalam PKR yang anti Mahathir dan parti barunya, Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU).

"Terdapat penolakan dalam PKR terhadap BERSATU. Apabila wujud perdamaian (antara kedua-dua pemimpin), PKR secara keseluruhannya boleh terima.

"Rakyat negara ini tidak menafikan kepimpinan kedua-dua pemimpin ini, gandingan kedua-dua mereka mampu menjanjikan blok pembangkang yang lebih baik," ujarnya kepada pemberita semasa sidang media di ibu pejabat parti itu.

Penampilan Mahathir di Mahkamah Kuala Lumpur semalam bagi menyokong usaha Anwar untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara merupakan pertemuan pertama antara keduanya selepas 18 tahun.

Mahathir memecat Anwar pada September 1998 atas dakwaan penglibatan dalam kes liwat, yang kemudian mencetuskan gerakan reformasi dan perpecahan dalaman Umno, sekali gus mengubah landskap politik negara.

Selepas Anwar dimasukkan dalam penjara selepas disabitkan kes Liwat II, Mahathir memainkan peranan penting sebagai pengkritik utama Najib.

Mahathir, kini penasihat serpihan Umno Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), malah mengimpikan pembentukan sebuah gabungan pembangkang besar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS