Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Virus Zika sudah wujud dalam negara - Subramaniam

Pengesahan kes kedua jangkitan Zika, di Kota Kinabalu, Sabah, menunjukkan bahawa virus itu sudah sedia wujud di negara
ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau mengambil perhatian bahawa pesakit berkenaan, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung semalam, tidak pernah berkunjung ke mana-mana negara lain di mana kes penyakit itu banyak dilaporkan.

Ini, kata beliau, bermakna lelaki itu dijangkiti penyakit itu dalam negeri.

"Dia dijangkiti selepas digigit nyamuk yang membawa virus penyakit itu,"
kata beliau dalam satu catatan Facebook.

Subramaniam berkata, kementeriannya tidak dapat memberi jawapan dari mana nyamuk itu datang.

"Ia menunjukkan ada orang lain yang dijangkiti dalam masyarakat. Mereka berpotensi menjadi punca jangkitan," kata menteri itu.

Semalam, Ketua Perngarah Kesihtan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pesakit lelaki berusia 61 tahun itu yang tinggal di Sabah, mati akibat komplikasi jantung.

Malaysia melaporkan kes pertama jangkitan Zika bila seorang wanita berusia 58 tahun dari Bandar Botanic, Klang, Selangor, diuji positif virus itu selepas seminggu pulang dari Singapura pada 21 Ogos.

Mengenai pesakit lelaki itu, Subramanian berkata, lelaki itu mengalami
beberapa gejala sebelum dijangkiti penyakit termasuk kegagalan jantung dan penyakit ginjal kronik yang mengancam nyawa.

"Sebarang bentuk 'viraemia' dalam situasi seumpama itu boleh mengubah imbangan dan menyebabkan kematiannya," kata Subramaniam.

(Viraemia adalah keadaan perubatan ketika mana virus memasuki saluran darah, seterusnya dapat mengakses bahagian-bahagian lain tubuh).
-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS