Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Timbalan Harussani: Haram buat replika burung helang
Diterbitkan:  Sep 2, 2016 3:57 PM
Dikemaskini: 8:11 AM

Memasang replika burung helang sebagai mercu tanda adalah haram kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup, kata Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim.

Beliau mengetengahkan hadis riwayat Ibnu Abbas bahawa Nabi Muhammad bersabda:

“Setiap pembuat patung diazab baginya di dalam neraka kerana menjadikan setiap patung itu roh sebagai alat penyeksa terhadapnya di dalam neraka jahanam.

“Ijmak seluruh ulama daripada semua mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan haram membina atau membuat replika patung yang lengkap bagi benda bernyawa seperti manusia atau binatang.

“Malah, jika sudah dibina wajib dirobohkan

“Manakala membinanya atau membuatnya adalah dosa besar,” tulisnya dalam sisipan “Ibrah” di Berita Harian hari ini.

Zamri menjelaskan perkara itu selepas menerima surat rasmi daripada sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanya hukum membuat replika burung helang untuk tempat yang berkaitan dengan binatang itu.

Timbalan kepada mufti kanan Tan Sri Harussani Zakaria itu tidak menamakan kerajaan tempatan itu.

Memetik Imam Abu Hajar pula, Zamri berkata ulama itu menyenaraikannya sebagai dosa besar kecuali untuk tujuan pendidikan atau alat pengajara ndan pembelajaran.

Bagaimanapun, jika pembinaannya hendak diteruskan, ia hendaklah dibina dalam keadaan tidak lengkap anggota badan, terutama anggota yang diperlukan untuk hidup, seperti kepala atau badan, merujuk pandangan majoriti ulama.

“Membuat bentuk makhluk adalah hak rabb (tuhan) sebagai pencipta dan pemberi bentuk. Tiada ada hak bagi seseorang untuk bersikap seperti berusaha menandingi Allah SWT dalam mencipta dan membentuk,” katanya.

Patung burung helang paling terkenal di Dataran Lang, Langkawi.

Burung itu dikatakan mempunyai kaitan dengan sejarah pulau pelancongan dunia itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS