Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Arahan henti kerja EKVE: Ada atau tidak?
Diterbitkan:  Aug 29, 2016 10:31 PM
Dikemaskini: 2:35 PM

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Zaidy Abdul Talib dan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali saling membuat kenyataan bertentangan bergubung isu arahan henti kerja ke atas projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE).

Penjajaran semula sungai untuk pembinaan EKVE memaksa kira-kira 50 kanak-kanak prasekolah di Taman Kelab Ukay, Gombak, dipindahkan selepas berlaku rekahan tanah pada taman permainan mereka.

Dalam kenyataannya hari ini Zaidy berkata arahan henti kerja dikeluarkan ekoran insiden berkenaan.

"Kerajaan negeri mengeluarkan Notis Berhenti Kerja (Stop Work Order) pada 22 Ogos 2016 kepada kontraktor EKVE melalui Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan mengarahkan agar kerja-kerja pengalihan Sungai Klang diberhentikan serta-merta dan memberikan fokus kepada kerja-kerja pengukuhan tebing dan penyelenggaraan runtuhan tembok serta memastikan pergerakan tanah yang berlaku di Taska Q-dees dapat diatasi.

"Hasil pemantauan semasa kontraktor NKVE sedang giat melaksanakan kerja-kerja pengukuhan tebing termasuk (memasang) sebanyak 50 dari 150 cerucuk keping sheet piles," katanya.

Bagaimanapun Azmin pada 24 Ogos menyatakan tiada arahan henti kerja dibuat walaupun mengikut kenyataan Zaidy, ia dikeluarkan dua hari sebelum itu.

Dalam kenyataan hari ini Zaidy berkata kerajaan negeri amat kesal dengan kejadian runtuhan tembok longkang di kawasan taska berkenaan ekoran pergerakkan tanah disebabkan oleh EKVE yang melibatkan pengalihan jajaran Sungai Klang.

Katanya pengalihan sungai mengakibatkan kerosakan pada struktur tembok longkang yang menjadi sempadan di antara Taska Q-dees dengan rizab sungai yang menjadi kawasan tapak kerja projek berkenaan.

"Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pemantau Pembinaan Lebuh Raya sentiasa memantau secara dekat semua kerja-kerja pembinaan lebuh raya di Selangor agar pihak pemaju mamatuhi semua syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan," katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS