Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
MB: Tiada arahan henti kerja untuk EKVE
Diterbitkan:  Aug 24, 2016 9:05 PM
Dikemaskini: 1:15 PM

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini berkata bahawa tiada arahan menghentikan kerja dikeluarkan untuk kontraktor yang terbabit dalam penjajaran semula kerja-kerja untuk projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) di kawasan Bukit Antarabangsa.

"Tidak ada (arahan menghentikan kerja)... Ia perlu justifikasi," kata Azmin yang juga adalah ADUN Bukit Antarabangsa, kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran prohek LRT3 di Shah Alam hari ini.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan yang dibangkitkan oleh penduduk Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Ampang.

Ini susulan laporan, Isnin lalu, bahawa kira-kira 50 kanak-kanak pra-sekolah dari tadika Q-Dees yang terpaksa berpindah selepas rekahan muncul di taman permainan mereka.

"YB Elizabeth telah memaklumkan Jabatan Alam Sekitar untuk memantau situasi dan kalau ada masalah, kita (kerajaan negeri) akan ambil tindakan," kata Azmin merujuk kepada ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong, yang juga adalah ahli exco yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Beliau juga berkata bahawa projek itu telah memenuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPSJ).

"Syarat-syarat kelulusan itu cukup ketat jadi pemaju mesti patuhi semua syarat yang diberikan penguatkuasa tempatan dan MPAJ.

"Jadi kalau ada (sebarang) isu, maka MPAJ akan memantau dengan IKRAM, JKR dan Jabatan Alam Sekitar," katanya.

Projek EKVE sepanjang 24.16km yang bernilai RM1.55 bilion itu menghubungkan Sungai Long di Kajang dengan Ukay Perdana, Ampang.

Kerja-kerja melebarkan jalan projek itu dijangka siap tahun depan, manakala keseluruhan projek dijangka siap pada 2019.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS