Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Akhbar perlu lebih sensitif mengenai tajuk berita'

Surat khabar di negara ini dinasihatkan agar lebih sensitif di samping kreatif dalam menyajikan tajuk-tajuk berita yang disiarkan.

Nasihat tersebut muncul selepas akhbar berbahasa Melayu, Berita Harian and Kosmo! melaporkan tentang kejayaan beregu campuran Peng Soon-Liu Yin di Sukan Olimpik kelmarin yang mengundang kritikan daripada netizen.

Surat khabar, kata bekas pengurus besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong, memainkan peranan penting dalam membentuk pandangan serta perasaan orang ramai.

“Justeru, mereka perlu lebih sensitif kepada sesuatu keadaan,” katanya kepada Malaysiakini.

“Oleh kerana surat khabar merupakan alatan penting dalam membentuk pandangan orang ramai, maka mereka perlu lebih sensitif.” kata beliau.

Tajuk Berita Harian "Beregu Campuran Sekadar raih perak" dan tajuk Kosmo! "Peng Soon-Liu Ying Hampakan Jutaan Rakyat Malaysia" mengundang kemarahan daripada peminat sukan dan netizen sehingga Kosmo! menukar tajuk berita dalam taliannya kepada "Tetap Bangga Pulang dengan Perak".

Hal tersebut mendapat perhatian beberapa pemimpin politik antaranya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menekankan tentang keperluan untuk ucapan lebih positif kepada atlet Malaysia yang bersaing dalam Olimpik Rio 2016.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau "amat kecewa" dengan liputan negatif media tertentu.

"Saya kecewa dengan komen mereka. Ia adalah sampah semata-mata. Pasangan itu buat Malaysia berbangga kerana memenangi pingat," katanya dipetik oleh The Star Online.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS