Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
TLDM galak lebih ramai penyertaan bukan Melayu
Diterbitkan:  Aug 18, 2016 3:20 PM
Dikemaskini: 7:23 AM

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)menggalakkan lebih ramai bukan Melayu menyertai pasukan berkenaan bagi
memperkukuhkan lagi keupayaan serta tahap kesiapsiagaannya.

Asisten Ketua Staf Sumber Manusia TLDM Datuk Abd Rahman Abd Karim berkata penyertaan kaum lain khususnya Cina dan India dalam pasukan itu masih rendah.

"Daripada 14,123 anggota pangkat rendah sedia ada, hanya 53 terdiri daripada Cina manakala India hanya 183 orang, lain-lain bangsa sebanyak 1,114 orang manakala selebihnya adalah Melayu.

"Pelbagai program dilakukan untuk menggalakkan bukan Melayu menyertai TLDM, termasuk iklan di akhbar berbahasa Cina," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis 'Fair Wind and Following Sea' bagi meraikan 70 pegawai dan anggota yang bakal bersara di KD Sri Gombak di ibunegara hari ini.

Abd Rahman berkata terdapat lebih 550 pegawai dan anggota TLDM menamatkan perkhidmatan pada setiap tahun.

Menurutnya, mereka yang bersara masih boleh membantu TLDM dengan menyumbang idea dan perkongsian pengalaman.

"Tamat perkhidmatan bukanlah titik akhir kepada mereka, saya berharap mereka ini dapat terus membantu TLDM.

"Saya harap mereka yang bersara sentiasa memaklumkan perkembangan terkini mereka kepada TLDM untuk tujuan rekod kerana TLDM sentiasa bertekad menjaga kebajikan pesara," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS