Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga, termasuk pengarah DBKL direman tujuh hari
Diterbitkan:  Aug 16, 2016 2:29 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Tiga pegawai kanan kerajaan hari ini ditahan secara berasingan di Melaka, Putrajaya dan Kota Baru, berikutan rampasan aset bernilai berjuta-juta ringgit dalam satu serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Mereka direman sehingga 22 Ogos ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM atas dakwaan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

Semalam, Bernama melaporkan Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki sebagai berkata tiga penjawat awam - dua daripadanya bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' - ditahan suruhanjaya itu atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

'Datuk Seri' yang berusia 54 itu adalah seorang pegarah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sedang juga disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau telah ditangkap di pejabatnya di bangunan DBKL di Kuala Lumpur pada jam 3:07 petang semalam, lapor agensi berita itu.

"Rumahnya turut digelidah dan sebuah kereta BMW disita, begitu juga dengan dokumen dari pejabat dan rumahnya," kata peguamnya, Azizzul Shariman Mat Yusoff.

Manakala suspek dari Kota Baru itu pula berusia, 47, dan adalah seorang pengurus kanan Tenaga Nasional Bhd.

Semasa pengumuman tangkapan itu semalam, SPRM berkata pihaknya membekukan akaun bank milik ketiga-tiga individu berkenaan yang melebihi RM13 juta, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang daripada mereka.

Turut disita ialah beberapa kondominium mewah termasuk unit penthouse dan rumah banglo serta kenderaan mewah antaranya termasuk Maserati, BMW dan Audi yang dipercayai hasil rasuah dan pengubahan wang haram

Azam juga berkata wang bernilai lebih kurang RM400,000, termasuk mata wang asing, serta beberapa utas jam tangan mewah dijumpai dalam operasi berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS