Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Bung: Akar umbi Umno tak ambil kisah saman DOJ

Perkembangan luar negara berkaitan 1MDB mungkin sukar diterangkan pemimpin kerajaan.

Bagaimanapun, bagi pemimpin popular Umno Bung Moktar Radin, keadaannya berbeza.

Sebagai contoh, dalam mesyuarat agung tahunan bahagiannya, ketua Umno Kinabatangan berkata tidak sukar menjelaskan isu-isu berkaitan, seperti saman Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) untuk menyita aset berkaitan 1MDB.

Begitu juga dengan dakwaan anggota Umno Sabah keluar Umno besar-besaran, katanya lagi.

“Di kawasan saya, mereka tidak tahu apa itu DOJ. Ini bermakna mereka tidak kisah laporan (saman) DOJ.

“Mereka hanya mahu tahu berkaitan pembangunan yang saya boleh bawa pada mereka,” katanya.

“Inilah keindahan Kinabatangan, mereka tidak mahu tahu apa yang didakwa di luar (kawasan mereka). Mereka mahu tahu apa kerajaan hari ini boleh beri pada mereka,” tambahnya.

Kawasan parlimen itu terdiri daripada 80 peratus luar bandar dan selebihnya kawasan bandar, menurut Bung.

Justeru, bagi Bung, menerangkan isu-isu semasa tidak sukar bagi beliau.

“Tiada masalah, kita tahu bagaimana hendak jelaskan,” kata anggota Majlis Tertinggi Umno itu.

Beliau bagaimanapun tidak akan menyentuh soal identiti Malaysian Official 1, yang disebut 36 kali dalam kertas mahkamah DOJ.

“MO1 hanya spekulasi, saya tidak mahu cakap pasal MO1,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS