Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Harga berdasar purata bulanan, k’jaan tak tahu cukai 'tersembunyi'

Harga petrol dan diesel adalah berdasarkan kepada purata bulanan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini.

"Harga yang kami umumkan adalah untuk bulan lepas. Oleh itu, kita tunggu bulan depan," katanya kepada pemberita selepas satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Walau bagaimanapun, pada majlis berasingan kemudian, Hamzah ketika disoal mengenai dakwaan pembangkang bahawa terdapat 'cukai tersembunyi' dalam jualan petrol dan diesel, berkata beliau tidak tahu.

"Saya tidak tahu tentang itu kerana kiraan adalah berdasarkan (pada) satu bulan purata iaitu pada bulan lepas. Jadi itulah pengumuman (yang) dibuat," katanya.

Ditanya sama ada kementerian akan mendedahkan cara pengiraan itu, Hamzah menjawab tidak.

“Ini sebenarnya oleh kerajaan, jadi tidak kisah sama ada dari kementerian saya atau kementerian kewangan," katanya.

Hamzah juga berkata beliau tidak menyedari bahawa sedar bahawa menteri terdahulu, Datuk Seri Hasan Malek pernah menjanjikan bahawa kementerian itu akan mendedahkan kepada umum mekanisme bagi sistem apungan terurus bahan api.

Hasan, pada bulan Disember 2014, berkata kementeriannya, serta kementerian kewangan akan menyediakan maklumat mengenai perkara itu untuk mendedahkan mekanisme yang digunakan.

Berdasarkan harga runcit terkini yang diumumkan untuk bulan ini, ahli parlimen pembangkang semalam menimbulkan persoalan "cukai diam-diam" yang dikenakan oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, jika harga pasaran adalah lebih tinggi daripada harga apungan terurus berdasarkan formula yang ditetapkan, perbezaan akan menjadi jumlah cukai yang tersembunyi yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat.

Rafizi kemudian menggesa kementerian untuk menyiarkan secara terperinci jadual kiraan sejak dasar apungan harga mengikut pasaran ini dilaksanakan pada bulan Disember 2014 untuk membolehkan rakyat menilai berapa banyak cukai yang telah dikutip.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS