Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Khairy: Tak apalah jadi balaci, macai bagi bersama Najib
Diterbitkan:  Aug 2, 2016 11:59 AM
Dikemaskini: 4:04 AM

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa ahli-ahli parti supaya berani dan berdiri bersama presiden parti Datuk Seri Najib Razak, walaupun mereka diperlekehkan kerana berbuat demikian.

Khairy mengulangi bahawa saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB adalah semata-mata hasil siasatan yang masih perlu dibuktikan di mahkamah.

Di sebalik itu, beliau berkata, beberapa pengkritik Najib mengandaikan dakwaan itu sebagai kebenaran.

“Kita kena berani, walaupun dikecam, walaupun dicemuh di media sosial, kata ini semua balaci-balaci dan macai-macai Umno dan sebagainya.

“Tak apalah, kita jadi balaci, kita jadi macai tak apa. Sebab apa? Kebersamaan dengan presiden kita cuba menegakkan kebenaran dan keadilan," kata Khairy.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Putrajaya 2016.

Menurut Khairy, bagi beliau, yang keramat adalah Umno dan bukan individu.

Katanya, saat seseorang pemimpin keluar daripada Umno, mereka keluar daripada wadah perjuangan bangsa Melayu, dan orang Melayu juga tidak akan bersama dengan mereka.

“Jangan kita dalam Umno pula yang berkata, ya, betullah, apa yang Dr Mahathir Mohamad kata adalah betul, apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin kata adalah betul, ini telah disahkan oleh Amerika Syarikat.

“Kita fikir, guna akal kita, dan juga semangat kebersamaan dengan presiden,” katanya.

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS