Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Perkhidmatan LRT laluan Ampang digantung sementara
Diterbitkan:  Jun 17, 2016 6:08 PM
Dikemaskini: 10:54 AM

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang akan digantung sementara bagi memberi laluan kepada kerja menaik taraf dan proses penghijrahan sistem semboyan tren pada 7, 8 dan 16 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Ahmad Nizam Mohamed Amin berkata tarikh tersebut dipilih untuk mengurangkan kesan dan kesulitan kepada pengguna memandangkan ia jatuh pada hari kedua dan ketiga sambutan Aidilfitri dan cuti rehat mingguan.

Sepanjang tempoh itu, perkhidmatan bas pengantara percuma akan disediakan antara pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam untuk membawa penumpang sepanjang stesen LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling ke Hab Bas Rapid KL Pasar Seni, katanya dalam satu kenyataan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS