Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Bukan TMJ atau PM tentukan Johor keluar Malaysia'
Diterbitkan:  Jun 5, 2016 3:46 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Rakyat Johor yang akan menentukan sama ada Johor patut keluar dari Malaysia dan bukan Yang di-Pertuan Agong mahupun perdana menteri, kata bekas editor The Malay Mail, Ahirudin Atan.

Ahiruddin menambah, beliau bagaimanapun belum berjumpa mana-mana rakyat Johor yang mahu melihat perkara itu berlaku.

Bekas editor itu berkata demikian sebagai respon kenyataan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sutan Ibrahim di Facebook baginda Rabu lalu, yang menyatakan mereka yang tidak senang hati dengan negeri itu boleh bertemu perdana menteri untuk mengusulkan agar Johor keluar daripada Malaysia.

Ahiruddin berkata, beliau mendapati kenyataan Tunku Ismail itu sebagai lucu dan pada masa sama membimbangkan.

"Nah, bukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tendang Johor keluar dari negara yang tercinta ini, walaupun jika perdana menteri bersetuju dengan pengkritik cemburu bangsa Johor.

"Begitu juga Yang Dipertuan Agong, jawatan yang (putera mahkota) akan ambil alih satu hari nanti, InsyaAllah.

"Orang yang membuat keputusan itu adalah rakyat. Rakyat Johor. Dan saya tidak berjumpa dengan seorang pun anak Johor yang mahu negerinya dikeluarkan dari negaranya, Malaysia, walaupun selepas catatan (putera mahkota).

"Mungkin saya perlu berlegar berhampiran istana untuk mencari seorang!" katanya dalam catatan di blognya, Rocky Bru hari ini.

Sebelum ini, Tunku Ismail menyenaraikan sebab-sebab individu yang melahirkan rasa tidak senang dengan Johor, dan berkata Johor tidak harus dipersalahkan untuk itu.

"Jangan salahkan Johor. Anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan negeri Johor dari Malaysia," kata baginda.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS