Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Firma minyak Rusia mungkin beli aset Petronas
Diterbitkan:  May 23, 2016 6:51 PM
Dikemaskini: 10:57 AM

Firma minyak dan gas Rusia, Zarubezhneft mungkin membeli aset Petronas, kata Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak.

Menurut Novak, Rusia juga sedang meningkatkan produk minyak dan minyak di rantau Asia Pasifik.

"Selain itu, Zarubezhneft menunjukkan minat dalam mengkaji aset Petronas. Pihak terbabit sedang mengadakan rundingan," katanya yang dipetik agensi berita Rusia Tass pada Jumaat lalu.

"Bagi Zarubezhneft, ia sedang mengkaji peluang melaksanakan projek-projek di Malaysia.

"Zarubezhneft mempunyai banyak pengalaman untuk meningkatkan keberkesanan dalam bidang sedia ada, dan menawarkan perkhidmatan dan penyertaannya," kata Novak.

Novak tidak menyatakan aset-aset negara yang sedang diintai oleh Zarubezhneft.

Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Rusia di Sochi pada 20 Mei.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri sidang kemuncak dua hari itu.

Petronas pada Mac lalu berkata syarikat negara itu akan mengurangkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan dalam usaha untuk mengurangkan kosnya di tengah-tengah kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Petronas melaporkan keuntungan sebelum cukainya menurun sebanyak 53 peratus kepada RM36 bilion bagi tahun berakhir 31 Dis, 2015.

Malaysiakini telah menghubungi Petronas untuk mendapatkan komen.

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS