Paling Popular
Terkini

Jika rayuan terakhirnya di Mahkamah Rayauan hari ini gagal, maka dia akan menghabiskan sembilan bulan merengkok di penjara.

Hishamuddin Rais dijatuhkan hukuman penjara itu di bawah Akta Hasutan selepas disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi pada 15 Januari lalu.

Hishamuddin mengemukakan rayuan dan hari ini Mahkamah Rayuan Putrajaya akan menentukan sama ada ia diterima atau ditolak.

Hishamuddin bukan asing kepada kehidupan dalam tahanan. Beliau telah ditahan lapan kali di Malaysia - yang paling lama ialah menjadi tahanan selama 26 bulan di Pusat Tahanan Kamunting dari 2001-2003, dua kali di India, sekali di Rusia dan sekali di Australia.

Tetapi siapakah Hishamuddin Rais?

Tanya mereka dari Universiti Bangsar Utama (UBU), yang diasaskannya pada lewat 1990-an untuk belia yang semakin matang semasa tempoh politik yang tidak menentu dalam sejarah Malaysia.

Tanya orang lain lagi, mereka akan berbicara mengenai kolum makanannya.Yang lain akan ingat skrip televisyen beliau untuk drama dan komedi TV - antaranya adalah 'Mencari Anak Wayang', yang disiarkan sebanyak 123 episod.

Dia telah menulis lagu dan sekurang-kurangnya satu pementasan - 'Bilik Sulit' - yang pertama kali dipaparkan di Malaysia pada 2005, kemudian pada 2008 dan 2013 dan ditutup di London selepas jelajah selama sebulan di UK pada April 2014.

Paling baru, Hishamuddin juga telah melakukan komediri - semuanya untuk menyebarkan mesej bahawa Malaysia memerlukan demokrasi, secara jelas dan mudah. Tetapi mesej ini tidak selalunya diterima dengan baik.

"(Malah pada hari ini) saya boleh mengatakan bahawa di tempat-tempat tertentu, saya tidak boleh buat persembahan komediri. Nampaknya, Hishamuddin tidak boleh terlibat. komedi politik saya dilihat sebagai menyinggung, subversif dan bahaya kepada kelab ini," katanya dalam temu bual dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Setelah tinggal di buangan selama 12 tahun, dia mengambil beberapa tabiat orang Eropah - dia memakai cravats dan pelbagai jenis topi.

Beliau menempuh haba terik Malaysia dalam berjaket, tetapi alasannya praktikal - dia memerlukan poket untuk semua kunci yang sentiasa dibawanya.

Bekas ahli jawatankuasa pemandu BERSIH menjadi daya penarik di sesi ceramah, dengan kelakarnya yang membuat makcik dan pakcik ketawa mendengar ulasan spontannya mengenai sosio-politik.

Ia masih boleh dipertikaikan sama ada beliau mencipta istilah 'NGI (individu bukan kerajaan), berbanding dengan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) tetapi di kalangan mereka yang kritikal terhadap kerajaan, dia adalah satu institusi.

Daripada semua perkara-perkara yang dilakukannya dengan baik, terdapat banyak perkara yang dia tidak, atau tidak boleh lakukan. Ini termasuk memandu.

Walaupun tanpa lesen memandu, filemnya 'Dari Jemapoh Ke Manchester' memaparkan sebuah Volvo klasik merah dan landskap negeri kelahirannya Negri Sembilan. Dia juga berlakon dua kali dalam drama TV, ironinya, sebagai pemandu teksi - yang ditarik di jalan raya oleh kenderaan lain untuk simulasi memandu itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS