Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penjadualan air jika Empangan Sg Layang terus susut
Diterbitkan:  May 4, 2016 7:24 AM
Dikemaskini: May 4, 2016 3:07 AM

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mungkin melaksanakan penjadualan bekalan air di Pasir Gudang dan sebahagian kawasan di Johor Bahru, sekiranya paras air di Empangan Sungai Layang di Johor Bahru terus menyusut ke tahap paling kritikal iaitu 19.0 meter.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata paras air sedia ada yang dicatatkan di empangan itu ialah 19.55 meter dan dijangka hanya mampu bertahan antara dua hingga tiga minggu dari sekarang.

"Kami berharap ia tidak dilaksanakan namun orang ramai perlu mula menyimpan dan menggunakan air secara rasional demi kebaikan semua pihak," katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan ke empangan terbabit di Johor Bahru semalam.

Sehingga hari ini, penjadualan bekalan air hanya dilaksanakan di dua kawasan di Johor iaitu di Mersing dan Kota Tinggi.

Mohd Ridhuan berkata langkah itu dilakukan sejak 18 April dan berakhir pada 15 Mei ini.

Namun, disebabkan cuaca panas, penjadualan itu juga dilanjutkan memandangkan sumber air sedia ada di tiga tempat iaitu Sungai Mersing, Sungai Gembut dan Empangan Congok telah melepasi paras amaran dan kritikal iaitu antara 0.95 meter hingga 12.04 meter.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS