Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan kini menawarkan peluang latihan vokasional sebagai sebahagian daripada program Khidmat Negara.

Pelatih boleh memilih untuk menjalani latihan vokasional yang terdiri daripada lapan kursus 34 minggu, selepas menamatkan latihan lapan minggu lebih awal, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada pemberita hari ini.

Latihan selama lapan minggu itu termasuk modul patriotisme dan pembangunan negara.

Kerajaan mensasarkan 80 peratus daripada 20,000 lepasan sekolah yang menjalani khidmat negara akan memilih latihan vokasional, katanya selepas pelancaran Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 di Kuala Lumpur.

Dalam projek perintis PLKN 2.0 yang diadakan antara 17 Oktober dan 19 Disember tahun lalu, Hishammuddin berkata 108 pelatih telah meneruskan fasa kedua dengan menjalani program yang ditawarkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Akademi KRU.

"Melalui fasa dua, pelatih mempunyai peluang untuk mendaftar dalam bidang yang mereka minat.

"Bagi memastikan kejayaannya, kementerian pertahanan telah bekerjasama dengan 10 kementerian lain melalui 400 agensi latihan, untuk menawarkan peluang secara percuma," kata Hishammuddin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan lebih 1,000 pelatih dari enam kem di seluruh Selangor.

Kerajaan menggantung program khidmat negara tahun lepas sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS