Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP akan tanding di Batu Kitang jika PKR masih berkeras
Diterbitkan:  Apr 24, 2016 4:15 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

DAP hari ini mengumumkan bahawa ia akan bertanding kerusi bandar di Dewan Undangan Negeri Batu Kitang dalam pilihan raya negeri 7 Mei jika PKR meneruskan calon di kerusi luar bandar yang ditandingi DAP.

"Oleh kerana PKR tidak menghormati perjanjian, kita mungkin pergi ke Batu Kitang," kata pemimpin DAP negeri Chong Chieng Jen.

"Saya telah menerima banyak tekanan dan permintaan daripada ahli-ahli parti bahawa jika PKR tidak menghormati perjanjiannya, maka mengapa harus kita berpegang kepada perjanjian akhir itu," kata Chong kepada pemberita di Kuching hari ini.

Pengerusi PKR Negeri Baru Bian berkata pada Jumaat bahawa ia mungkin bertembung dengan DAP di lima kerusi.

DAP berkata ia akan berpegang kepada perjanjian dengan kepimpinan pusat PKR minggu lepas, yang menghalang sebarang pertembungan dengan PKR.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Chong berkata menurut kaji selidik berbayar yang dijalankan oleh Merdeka Center terhadap enam kerusi, DAP menerima penilaian yang lebih baik daripada PKR.

Dalam hasil kajian yang disediakan kepada pemberita hari ini, DAP menunjukkan rating 60 peratus yang menggalakkan di Batu Kitang berbanding PKR sebanyak lapan peratus. Chong berkata PKR tidak mempedulikan kaji selidik itu.

"Baru Bian secara terbuka berkata beliau akan veto perjanjian antara dua pihak. Dia tidak akan mengiktirafnya. Beliau berkata Azmin tidak mempunyai kuasa bagi parti di negeri ini.

"Dia berkata terdapat pertindihan kerusi. Adakah petunjuk ini cukup bahawa dia akan melanggar perjanjian di antara Azmin Ali dan Lim Guan Eng. Bukankah bukti yang mencukupi?" soalnya.

Ketika diminta mengulas jika Baru ditekan oleh pemimpin akar umbi PKR, Chong berkata: "Saya tidak tahu politik dalaman mereka tetapi mereka adalah orang-orang yang membakar jambatan.."

Ketika mengumumkan 35 calon pada Jumaat lalu, Baru berkata PKR tidak akan mengelak kemungkinan untuk bertanding tambahan lima kerusi, yang mungkin bertembung dengan DAP.

"Semua kerusi adalah penting bagi kami. Kami mempunyai sistem penunjuk prestasi utama. Dan berdasarkan sistem itu, kami mendapat laporan dari bawah. Itulah sebabnya kita mengikuti perkara itu," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS