Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MOF tak campur tangan pertikaian AS$50 juta 1MDB-IPIC

Kementerian Kewangan (MOF) menjarakkan dirinya daripada pertikaian antara 1MDB dan International Petroleum Development Company (IPIC) berkaitan faedah AS$50 juta yang dikenakan ke atas bon yang dikeluarkan oleh dana pelaburan negara itu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berpendapat ia adalah hanya pertikaian perniagaan di antara dua syarikat berkenaan.

"Jadi, ia tidak akan melibatkan kerajaan, tetapi kerajaan mengambil perhatian terhadap isu itu. Pada tahap ini, saya fikir, kita tidak mahu campur tangan.

"Kami membenarkan 1MDB dan IPIC untuk menyelesaikannya di antara mereka," katanya dalam satu sidang akhbar di Kampung Baru hari ini.

Johari bagaimanapun berkata kerajaan akan meneliti perkara itu sekiranya masalah timbul, dan akan memantau kemajuan dan juga menunggu keputusan muktamad mengenai pertikaian itu.

"Bagi kerajaan, kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab. Apa komitmen dan jaminan kita, kita akan memastikan kita memenuhinya," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS