Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Program Kembara Syahadah dan Majlis Pengislaman masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Makmur, Ulu Kinta di Ipoh, esok.

Jakim dalam kenyataan hari ini, berkata program itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Syarikat Korporat UMW Holdings Sdn Bhd.

Menurut kenyataan itu, program tersebut merupakan satu platform berkesan mendekatkan masyarakat Orang Asli kepada Islam, selain mengagihkan zakat kepada saudara baharu.

"Majlis ini akan menghimpunkan beberapa perkampungan masyarakat Orang Asli di sekitar kawasan tersebut dan 45 ketua isi rumah akan menerima sumbangan zakat," menurut kenyataan itu.

Menurut Jakim, pelbagai pengisian menarik akan berlangsung pada program itu termasuk aktiviti gotong-royong, bacaan ayat suci al-Quran, persembahan nasyid dan kuiz penghayatan Islam.

Kenyataan itu menyebut, kemuncak program adalah majlis pengislaman saudara baharu Orang Asli yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Razali Shahabuddin.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS