Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dilarang ke S'wak, Doraemon tawar 'Pintu Suka Hati'

SATIRA Kucing masa depan, Doraemon, menawarkan penggunaan laluan dimensi Pintu Suka Hati untuk pemimpin pembangkang yang dilarang masuk ke Sarawak menjelang pilihan raya negeri itu 7 Mei ini.

Katanya, beliau berasa sedih terhadap penggunaan kuasa sebegitu, setelah diberitahu rakannya Pahlawan Ubah mengenai nasib pemimpin PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Malah, bapa Ubah yang manusia pun diharamkan.

“Jadi saya putuskan untuk tawar pintu dimensi saya.

“Seperti yang sebahagian kamu sudah tahu, Pintu Suka Hati membenarkan seseorang itu membukanya dan melangkah ke mana-mana tempat yang dimahukannya,” kata kucing canggih itu.

Doraemon memberitahu Malaysiakini perkara itu, ketika ditemui dalam sebuah perhimpunan membantah penggunaan kulit burung unta untuk penyediaan beg tangan mewah semalam.

Menurut Doraemon, penggunaan pintu itu tidak melanggar mana-mana undang-undang.

Ia sebaliknya, katanya, hanya memanipulasi hukum fizik dengan merenggangkan jarak dan masa kepada satu titik kontinum.

“Saya pun tak tahu bagaimana ia berlaku. Kalau nak tahu kamu kena tanya Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau,” katanya.

Video Trudeau menjelaskan konsep perkomputeran kuantum sebelum ini menjadi viral di Internet.

Doraemon berkata, beliau mengambil keputusan membantu pembangkang kerana sukakan “Uncle Kit” dan “Brother Pua”.

Kucing itu turut mempersembahkan demontrasi penggunaan pintu itu, yang menyaksikan bagaimana seseorang itu boleh melepasi pemeriksaan imigresen.

Malaysiakini sudah menghubungi perdana menteri Kanada bagi mendapatkan ulasannya berkaitan mekanisme pintu itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS